Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor menjawab soalan ketika menjadi tetamu jemputan pada Coffee Talk #KitaSelangor Bukan Sekadar Slogan di Pavilion Selangor, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, Kuala Lumpur pada 2 Jun 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Selangor pasang mesin layan diri tuala wanita di lima sekolah

Oleh AZIAN AZIZ

KUALA LUMPUR, 3 JUN: Kerajaan Negeri akan memasang mesin layan diri tuala wanita di lima sekolah yang mempunyai ramai pelajar kurang mampu penghujung bulan ini.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata pemasangan mesin bernilai RM100,000 itu merupakan projek fasa pertama inisiatif kemiskinan haid.

“Sebanyak 100 hingga 200 pelajar kurang berkemampuan akan mendapat bekalan tuala wanita secara percuma melalui mesin layan diri tersebut.

“Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari akan mengumumkan nama sekolah yang terpilih dalam majlis pada 18 Jun ini,” kata Ahmad Azri Zainal Nor.

Beliau berkata demikian selepas program bual bicara ‘Coffee Talk’ yang membincangkan inisiatif disediakan Kerajaan Negeri melalui MBI pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 di Pusat Dagangan Dunia semalam.

Ahmad Azri turut menghadiahkan beg cenderahati MBI yang mengandungi diari dan buku kepada penonton yang bertanyakan soalan mengenai inisiatif Kerajaan Negeri.


Pengarang :