Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berswafoto bersama penerima anugerah perkhidmatan cemerlang (APC) 2022 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di temani Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Haris Kasim pada 13 jun 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

PKNS kenang jasa kakitangan, 146 terima anugerah kecemerlangan

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 14 JUN: Seramai 146 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dirai pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 dan Malam Jasamu Dikenang PKNS 2023 di sini, semalam.

74 daripadanya merupakan penerima APC bagi tahun 2022, manakala 32 ialah penerima Anugerah Perkhidmatan Lama bagi kategori 20, 25 dan 30 tahun serta 40 kakitangan lain yang bersara wajib.

Majlis penyampaian disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Haris Kasim.

Penerima APC yang dipilih daripada 38 bahagian menerima sijil penghargaan dan cek bernilai RM1,000 setiap seorang, manakala penerima Anugerah Jasamu Dikenang mendapat medallion emas, sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional dan sijil.

Bagi pesara pula, menerima medallion emas, sijil simpanan premium, jam tangan untuk pasangan serta sijil penghargaan.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Dato’ Mahmud Abbas berkata kesemua penerima merupakan penggerak utama kepada kecemerlangan PKNS.

“Menerusi pengiktirafan ini, ia diharap mampu mendorong mereka (penerima) terus memberi komitmen sekaligus menjadikan PKNS diyakini dan menepati kehendak pelanggan khususnya rakyat Selangor.

“Kepada yang tidak terpilih, jadikan anugerah ini sebagai perangsang untuk terus memberi perkhidmatan yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Amirudin turut mengucapkan tahniah kepada PKNS atas kejayaan mempelopori agenda perumahan negeri.

“Kita ucapkan tahniah kepada PKNS yang terus menjana hasil yang tinggi dan saya berharap PKNS akan terus merangka pelan strategik dan maju 50 tahun ke hadapan lagi,” katanya.


Pengarang :