Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis anugerah perkhidmatan cemerlang (APC) 2022 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 13 Jun 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PKNS ketuai Selangor bina projek pelabuhan ketiga di Pulau Carey

OLEH SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 14 JUN: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengetuai pentadbiran negeri bagi projek pembinaan pelabuhan ketiga di Pulau Carey, maklum Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) juga dipertanggungjawab melaksana projek tambahan seperti pembangunan kawasan pengilangan, perumahan dan perindustrian.

“PKNS telah diputuskan untuk mengetuai dan mewakili Kerajaan Negeri bagi projek pembinaan pelabuhan ketiga di Pulau Carey.

“Semoga (projek) ini akan menjadi pendapatan bersandar (reclining income) atau pendapatan yang konsisten kepada PKNS untuk terus memberi perkhidmatan kepada negeri Selangor,” katanya.

Beliau ditemui media pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan Malam Jasamu Dikenang PKNS 2023 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), malam tadi.

Amirudin sebelum ini dilaporkan berkata pembinaan pelabuhan tersebut bagi menampung kapasiti kontena di Pelabuhan Barat dan Utara, selain menjana ekonomi negeri.


Pengarang :