AGENDANASIONAL

Kuala Langat, Sepang diramal hujan, ribut petir hingga 12 tengah hari

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 14 JUN: Dua daerah di Selangor iaitu Kuala Langat dan Sepang diramal berlaku hujan, ribut petir dan angin kencang sehingga 12 tengah hari ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan seluruh Pulau Pinang, Negeri Sembilan, beberapa kawasan di Kedah, Johor dan Sarawak turut mengalami cuaca sama.

Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam, yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :