Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen pada 16 Februari 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Menteri: Pinda Akta Perhutanan negeri untuk lindungi kawasan tadahan air

SHAH ALAM, 15 JUN: Kerajaan negeri diminta memainkan peranan meminda Akta Perhutanan masing-masing bagi memastikan kawasan tadahan air terpelihara, saran menteri sumber asli.

Menurut Nik Nazmi Nik Ahmad, langkah itu bagi memastikan sungai tidak menerima kesan langsung selain mengelakkan sumber air bersih yang diproses sebagai air minuman terjejas.

Mengambil contoh di Selangor, beliau berkata pelaksanaan siasatan awam sebagai syarat penyahwartaan hutan simpan kekal (HSK), menyokong usaha pemeliharaan kawasan tadahan air.

“Kerajaan persekutuan ada pinda Akta Perhutanan. Bawah kerajaan lepas mengikut contoh di Selangor, menetapkan sebarang penyahwartaan hutan simpan perlu melalui penyiasatan awam.

“Tetapi selepas pindaan itu dibuat di peringkat persekutuan, hanya Perlis sahaja yang sempurnakan. Jadi kita harap negeri lain juga dapat segerakan pindaan itu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tebrau Jimmy Puah Wee Tse berhubung langkah kerajaan menangani masalah bekalan air bersih berikutan kenaikan suhu global ketika ini.

Selangor merintis penguatkuasaan kaedah penyiasatan awam sebagai syarat penyahwartaan HSK melalui pindaan Seksyen 11 Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan 1985 pada 2011.


Pengarang :