Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) ketika menghadiri Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya HARAPAN Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 24 Jun 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Amirudin seru semua bersama pulih kerosakan pentadbiran PN, Langkah Sheraton

SHAH ALAM, 24 JUN: Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor perlu bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk memulihkan kerosakan akibat pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dan Langkah Sheraton.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor berkata jentera parti harus melupakan perbedaaan dan bersatu mendepani pilihan raya negeri (PRN) sekaligus mempertahankan negeri ini.

“Fokus dalam dua bulan ini (sebelum hari mengundi). Tumpukan kepada sokongan rakyat. Beritahu mereka kita harus teruskan kecemerlangan yang digerakkan dari 2008, disambung 2013 dan sampai kemuncak 2018.

“Ini masanya arus merah kuning arus untuk kestabilan, kemakmuran, kesejahteraan dan keharmonian Selangor bawah HARAPAN dan kerajaan perpaduan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berucap ketika melancarkan jentera HARAPAN Selangor bagi mendepani PRN di Dataran Kemerdekaa di sini, malam tadi.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya HARAPAN Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 24 Jun 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Dato’ Menteri Besar berkata jentera juga harus mempertahankan pentadbiran negeri daripada pihak yang cuba memecahkan kestabilan rakyat serta membangkitkan api perkauman.

“Kita nak pertahankan demi kemakmuran dan kemaslahatan rakyat. Kita mahu pertahankan bukan untuk saya, bukan untuk wakil rakyat tetapi untuk teruskan kecemerlangan dan kemakmuran,” katanya.

Pada Jumaat, DUN Selangor bagi penggal ke-14 secara rasminya untuk membuka laluan PRN diadakan. Selangor antara enam negeri yang akan mengadakan PRN selain Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Kedudukan terkini kerusi sebelum DUN dibubarkan ialah HARAPAN memiliki 40 kerusi (KEADILAN-19, DAP-15, AMANAH-enam), BN (lima), Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (dua) manakala PAS, Pejuang dan Warisan masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat Bebas.

Satu lagi kerusi iaitu DUN Batang Kali, diisytiharkan kosong setelah wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan DUN melebihi enam bulan.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya HARAPAN Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 24 Jun 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Pengarang :