MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri hingga jam 9 pagi ini.
AGENDANASIONAL

Lima daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan lebat hingga 4 petang

SHAH ALAM, 26 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan lima daerah di Selangor mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 4 petang ini.

Menurut agensi tersebut di Facebook, daerah terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat selain dialami di seluruh Kuala Lumpur.

Turut diramal berdepan cuaca sama ialah seluruh Pulau Pinang dan beberapa daerah di kawasan utara seperti Kedah dan Perak, selain Negeri Sembilan dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :