Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menganjurkan program korban di Kampung Orang Asli Kechau Dalam dan Kampung Kechau Luar, Hulu Langat pada 2 Jun 2023. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

LZS, PKNS rai Aidiladha bersama masyarakat Orang Asli di Hulu Langat

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

SHAH ALAM, 4 JULAI: Seramai 200 penduduk Kampung Orang Asli Kechau Dalam dan Kampung Kechau Luar, Hulu Langat dirai dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Hayati Ibadah Korban sempena Aidiladha, Ahad lalu.

Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) Md Yusnizan Yusof berkata program korban itu dianjurkan bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“PKNS telah menyumbang seekor lembu untuk diagihkan kepada 150 orang penduduk Islam di kampung berkenaan selain aktiviti bergotong royong melapah daging korban dan jamuan bersama penduduk.

“Majlis turut menyaksikan pengislaman 10 Orang Asli oleh Eksekutif Unit Baitulmal Daerah Hulu Langat, Mohd Azlan Ishak,” katanya.

Turut hadir, Ketua Pegawai Korporat PKNS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Wang Zakat PKNS Idris Ishak, Ketua Pegawai Operasi LZS Ahmad Fadhil Hassan dan Ketua Pegawai Operasi Korporat dan Projek Khas Ariffa Ariffin.

Pada majlis berkenaan, PKNS turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM500 kepada saudara baru di kalangan Orang Asli yang telah diislamkan.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menganjurkan program korban serta penyerahan sumbangan di Kampung Orang Asli Kechau Dalam dan Kampung Kechau Luar, Hulu Langat pada 2 Jun 2023. Foto Facebook LZS


Pengarang :