Orang ramai menunggu giliran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan percuma melalui program Selangor Saring peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam Kemuning Utama pada 7 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Saringan kesihatan percuma di Bangi esok, daftar di aplikasi SELangkah

SHAH ALAM, 6 JULAI: Program pemeriksaan percuma Selangor Saring diadakan di tapak pasar malam Bandar Baru Bangi esok, mulai 3 petang hingga 8 malam.

EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata program tersebut menawarkan pemeriksaan kesihatan seperti fizikal, ujian air kencing serta darah.

“Atas permintaan ramai, Selangor Saring akan membuka perkhidmatan di tapak pasar malam Bandar Baru Bangi dari 3 petang hingga 8 malam,” katanya di Facebook.

Dr Siti Mariah meminta orang ramai untuk melakukan pendaftaran segera menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

Selangor Saring diperkenal tahun lalu bagi membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal, terutama yang mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Membabitkan kos RM3.4 juta yang ditanggung sepenuhnya Kerajaan Negeri, peserta boleh menjalani saringan air kencing, mata, barah pangkal rahim, payu dara dan prostat serta ujian darah.

Selain program berkenaan, jualan barangan asas murah Jelajah Ehsan Rakyat (JER) juga akan dianjur ditempat sama sempena Karnival Perpaduan Madani Kita Selangor selain edaran kupon PLATS Rahmah, Skim Mesra Usia Emas dan Skim Insurans Hayat Selangor.


Pengarang :