Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua kiri) bertemu peserta Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak, Batu Caves pada 19 Mei 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Belanja besar untuk kesihatan awam, banyak manfaat buat rakyat (VIDEO)

SHAH ALAM, 28 FEB: Kerajaan Selangor terus tekad memperkasa sektor kesihatan awam dengan memperuntuk lima peratus daripada keseluruhan belanjawan negeri demi kesihatan rakyat.

Dato’ Menteri Besar berkata Selangor juga satu-satunya negeri yang berbelanja besar dalam sektor itu melalui dana sendiri, selain menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

“Mengikut pandangan United Nations (UN) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), minimum perbelanjaan antara empat hingga lima peratus untuk belanjawan negeri bagi faktor kesihatan.

“Sebab itu ketika Covid-19 kita boleh buat saringan bersasar, vaksin sendiri dan kita satu-satunya negeri yang mampu beli dan beri vaksin secara percuma selain daripada program yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Twitter hari ini.

Belanjawan 2023 yang dibentang November tahun lalu memperuntuk RM65.6 juta bagi pelaksanaan program kesihatan awam meliputi aspek pencegahan dan rawatan.

Amirudin menjelaskan negeri memberi perhatian serius terhadap aspek kesihatan rakyat dan sentiasa berusaha menambah peruntukan bagi sektor itu setiap tahun.

Program yang popular dan diberikan secara percuma antaranya ujian Covid-19 bersasar, vaksin termasuk dos penggalak dan saringan kesihatan untuk mengesan awal pelbagai jenis penyakit.


Pengarang :