Penduduk tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah ketika program Jualan Mega Ehsan Rahmah Aidiladha Parlimen Sepang di Pantai Batu Laut, Kuala Langat pada 24 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Parlimen Pandan, Kuala Langat antara lokasi jualan murah esok

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 10 JULAI: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menawarkan barangan keperluan asas pada harga murah diteruskan ke sembilan lagi lokasi esok.

Program yang bermula dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari diadakan di Kedai Makan Ramli, Kampung Assam Jawa di Parlimen Kuala Selangor, Dataran Samkuan, Kampung Pulau Banting (Parlimen Kuala Langat), Kemas, Kampung Baru Telok Gong (Parlimen Klang) dan Gelanggang Badminton Rumah Haji Juhari Md Noh (Parlimen Tanjong Karang).

Jualan sama turut diadakan di Dataran Pejabat Daerah dan Tanah Klang (Parlimen Klang), Pangsapuri Inai, Jalan Pandan Indah 20 (Parlimen Pandan), Kampung Nakhoda (Parlimen Gombak), Dewan MBSA Pulai Seksyen 27A dan Dewan Penduduk 24 Indah di Parlimen Shah Alam.

Penduduk mendapatkan barangan asas pada harga murah pada Jualan Ehsan Rahmah DUN Teratai di Masjid Nurussaadah, Ampang Jaya pada 3 Julai 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Mulai 15 Julai, perbadanan berkenaan bakal menjual minyak masak paket satu kg pada harga serendah RM2 sebungkus bagi memenuhi permintaan pengunjung.

Pengurus Kanan Pemasarannya Mohd Fazir Abdul Latif berkata buat permulaan minyak paket itu dijual secara berperingkat di tiga lokasi JER terpilih dengan kuantiti 170 bungkus untuk setiap lokasi.

Pada 31 Mei, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program tersebut yang sebelum ini dikenali Jelajah Ehsan Rakyat dilanjut hingga 1 September ini susulan sambutan menggalakkan orang ramai.

PKPS juga pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Orang ramai boleh menyemak lokasi lengkap jualan murah setiap hari (kecuali Jumaat dan cuti umum) di Facebook PKPS atau pautan linktr.ee/myPKPS


Pengarang :