AGENDANASIONAL

Hujan lebat, ribut petir diramal landa lima daerah di Selangor hingga 7 malam

Oleh Juliana Johar

SHAH ALAM, 12 JULAI: Lima daerah di Selangor diramal mengalami hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga jam 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi Facebook memaklumkan daerah terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Cuaca sama diramal melanda seluruh Pulau Pinang dan Perak serta beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :