Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Jelajah Madani Harapan DUN Bukit Melawati di tempat letak kereta Hotel Sun Inns Kuala Selangor pada 12 Julai 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kerajaan Perpaduan amal kesederhanaan, tolak politik pemecah belah

KUALA SELANGOR, 12 JULAI: Kerajaan Perpaduan mengamalkan kesederhanaan dalam pentadbirannya bagi menjaga semua pihak tanpa mengenepikan hak keisitimewaan Melayu, Islam dan Raja berperlembagaan.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor  berkata pendekatan itu merupakan usaha terbaik berbanding tindakan parti lawan yang hanya menjadi pemecah belah sehingga mengkucar-kacirkan negara.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Jelajah Madani Harapan DUN Bukit Melawati di tempat letak kereta Hotel Sun Inns Kuala Selangor pada 12 Julai 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Tengok apa yang dibuat Perikatan Nasional. Raja mereka langgar, Islam diulas ikut suka hati dia. Kalau orang tidak ikut dia, jadi musuh Islam.

“Mereka ini akan lahir dan hidupnya pecah belah. Ketika dengan Barisan Nasional (BN), mereka pecahkan BN. Ketika dengan HARAPAN, mereka pecah dan hasut kita.

“Pemecah belah ini ada penyakit yang tidak berkesudahan dan hanya peti undi sahaja yang dapat merawat penyakit mereka,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Sebahagian penyokong yang hadir Jelajah Madani Harapan DUN Bukit Melawati di pekarangan Hotel Sun Inns, Kuala Selangor pada 12 Julai 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Berucap di pentas Jelajah Madani peringkat Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati, malam tadi, Amirudin berkata pembangkang gagal membuktikan sebarang kejayaan membanggakan walaupun hampir 30 tahun mentadbir negeri-negeri Pantai Timur.

Menurutnya, gabungan itu juga hanya tahu melaksana gerak licik politik serta memecahkan parti bagi mencapai matlamat untuk menjadi kerajaan.

“Saya minta mereka yang datang hari ini semua kerja keras, jaga benteng kita dan jangan bagi mereka yang tamak dan gila kuasa ceroboh.

“30 tahun jaga negeri pantai Timur, tiada apa yang dibanggakan. Yang mereka tahu gerak licik politik, pecahkan parti, hilangkan sokongan dan bentuk kerajaan baru,” katanya.


Pengarang :