Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama penerima Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) di tapak karnival Stadium Shah Alam, Shah Alam pada 24 Disember 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

9,227 pekerja p-panggilan dapat sumbangan RM500, caruman KWSP

SHAH ALAM, 17 JULAI: Seramai 9,227 pekerja p-panggilan mendapat manfaat Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) berjumlah RM500 sejak skim berkenaan dilancar pada 2021.

EXCO pembangunan generasi muda berkata jumlah penyertaan bakal meningkat berikutan hampir 2,000 lagi pekerja ekonomi sampingan (gig) mendapat bantuan sama dalam masa terdekat.

EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman menyantuni penghantar makanan selepas program sumbangan p-panggilan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) di Dewan MBSA Seri Pagi, Paya Jaras, Sungai Buloh pada 15 Ogos 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Kita sasarkan 11,000 pekerja p-panggilan dibantu menerusi skim RiDE dalam tempoh dua tahun ini sebelum program dikembangkan kepada golongan e-panggilan.

“Usaha ini membuktikan Kerajaan Selangor cakna dan prihatin kepada semua pihak. Kita tidak mahu ada golongan yang tercicir dari menerima manfaat,” kata Mohd Khairuddin Othman ketika dihubungi.

RiDE diwujudkan selepas Kerajaan Negeri melihat keperluan melindungi pekerja sektor p-panggilan berikutan kebergantungan masyarakat terhadap sektor itu terutama selepas penularan wabak Covid-19.

EXCO Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman (tengah) bergambar bersama penunggang e-panggilan dalam program sumbangan kepada peserta RiDE di Dewan MBSA Seri Pagi, Paya Jaras, Sungai Buloh pada 15 Ogos 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Tahun ini Kerajaan Negeri memperuntuk RM2 juta bagi membantu lebih 3,000 pekerja p-panggilan dengan setiap daripada mereka menerima wang tunai RM500 serta caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bernilai RM50.

Berikutan permohonan menggalakkan, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan tambahan RM1 juta bagi membantu lebih ramai lagi pekerja industri berkenaan.

Pekerja p-panggilan mendaftar pada majlis penyerahan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) sempena Selangor Youth Festival 2023 di Dataran Karnival Stadium Shah Alam, Shah Alam pada 10 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/ SELANGORKINI

Pengarang :