Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap sempena majlis penyerahan insentif khas Aidilfitri #KitaSelangor kepada penggerak masjid dan guru rakyat Selangor di Dewan Jamuan, Masjid Negeri, Shah Alam pada 13 April 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Perpaduan terbukti bawa kejayaan, teladani kerajaan Madinah

SHAH ALAM, 18 JULAI: Perpaduan yang dibentuk Nabi Muhammad SAW sejurus peristiwa Hijrah sehingga membawa kejayaan kepada Kerajaan Islam wajar diteladani, kata Dato Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata permuafakatan antara Muhajirin dan Ansar membangunkan Madinah sebagai pusat perkembangan syiar Islam menjadi contoh bahawa perpaduan menjadi pemangkin pembangunan negara.

“Perpaduan adalah elemen penting yang menjayakan kerajaan Islam di Madinah sejurus peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat Baginda.

“Di Selangor, perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang bangsa adalah kunci kejayaan negeri ini. Selangor sifatnya rencam dan unik, Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu terus dipelihara dan dijamin di bawah Perlembagaan dan prinsip pentadbiran Kerajaan Negeri.

“Semoga dengan kedatangan tahun baru 1445H ini,  Selangor Darul Ehsan terus maju, makmur dan dirahmati Allah SWT,” katanya menerusi perutusan Maal Hijrah 1445H.

Program ambang Hijrah dan sambutan Maal Hijrah Selangor berlangsung petang tadi di Dewan Solat Bawah Masjid Negeri, Shah Alam.

Sambutan sama di peringkat Kebangsaan pula dijadual berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur esok dengan tema Perpaduan Teras Malaysia Madani.


Pengarang :