Orang awam menggunakan payung semasa meredah hujan ketika tinjauan Bernama di sekitar pusat bandar pada 8 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran ribut petir di lima daerah di Selangor, Putrajaya hingga 3 petang

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 22 JULAI: Lima daerah di Selangor serta Putrajaya diramal hujan, ribut petir dan angin kencang sehingga pukul 3 petang ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan lima daerah itu ialah Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Seluruh Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka, Langkawi di Kedah, Bentong di Pahang serta beberapa daerah di Johor turut diramal mengalami cuaca sama.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :