Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hadir memberi sokongan kepada calon Pakatan Harapan (HARAPAN) DUN Taman Templer Anfaal Saari pada 29 Ogos 2023. Foto Facebook Fahmi Fadzil
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

HARAPAN-BN Selangor bentang tawaran lima tahun lonjak kemajuan negeri

SHAH ALAM, 29 JULAI: Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) Selangor melancarkan tawaran untuk lima tahun pada Isnin ini jika kerjasama gabungan itu menang pilihan raya negeri.

Pengerusi HARAPAN negeri Dato’ Seri Amirudin Shari percaya ia bakal melonjakkan negeri ke tahap lebih tinggi melalui kerja berpasukan yang menawarkan khidmat kepada rakyat.

“Pasukan Perpaduan Selangor akan melancarkan tawaran untuk lima tahun akan datang pada 31 Julai di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam jam 8:30 malam,” katanya pada 29 Julai.

Beliau yang juga calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua juga yakin HARAPAN menang sehingga 70 peratus kawasan dalam PRN meski ada saingan sengit di beberapa DUN.

Amirudin berkata keyakinan itu dibuktikan dengan situasi penamaan calon yang berjalan lancar dan meriah hasil gerak kerja seluruh jentera gabungan tersebut.

“(Ia) hanya dapat direalisasikan dengan pasukan yang ikhlas, padu, bersetiakawan dan mampu menawarkan khidmat dengan jujur untuk mengangkat maruah dan martabat orang Selangor,” katanya.

Seramai 56 calon HARAPAN dan BN akan bertanding di Selangor yang mana 26 DUN berdepan saingan dua penjuru, 25 kawasan (tiga penjuru) dan 5 kawasan (empat penjuru).

Hari mengundi PRN ditetapkan 12 Ogos ini.


Pengarang :