Dato’Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membentang Tawaran Kita Selangor: Lima Tekad Untuk Lima Tahun Untuk Rakyat Selangor di Seksyen 7, Shah Alam pada 31 Julai 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

Tawaran lima tahun negeri tumpu keperluan anak muda, wanita

SHAH ALAM, 3 OGOS: Kerajaan Negeri gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) menawarkan manifesto Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad Untuk 5 Tahun untuk manfaat semua.

Anak muda, pelajar, wanita, pentadbir masjid, petani, peniaga, ahli sukan, pembeli rumah pertama dan pengguna pengangkutan awam bakal mendapat manfaat daripada tawaran tersebut.

Tawaran itu mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang ramai berdasarkan tinjauan Selangorkini baru-baru ini.

ANAK MUDA

Saya hargai bayaran elaun RM1,500 yang ditawarkan Kerajaan Selangor kepada pelajar latihan industri. Ini membolehkan pelajar menampung kos kehidupan sebab ramai pelajar praktikal tidak terima elaun.

Keadaan ini amat membebankan pelajar. Jadi saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana menawarkan inisiatif sebegini.

Wong Chin Leong, 21, pelajar

Karishaa Maya


Elaun untuk pelajar praktikal memang perlu sebab mereka juga perlu buat kerja sama seperti pekerja lain.

Pengumuman Dato’ Menteri Besar sebenarnya membuka mata majikan agar memberi bayaran setimpal dengan kerja yang dibuat oleh pelajar praktikal. Saya percaya tawaran ini melegakan pelajar praktikal di luar sana.

Karishaa Maya, 17, pelajar


Sebelum ini program Roda Darul Ehsan (RiDE) dikhususkan kepada penghantar makanan, kali ini tawaran sama diberi kepada pemandu e-panggilan. Ia satu pendekatan yang sangat wajar, sekurang-kurangnya membantu golongan ini.

Kita tahu kebanyakan anak muda buat perkhidmatan ini untuk jana pendapatan tambahan, inilah masanya mereka dibantu.

Quratulain Atiqah Nor Zahirul Anuar, 32, peguam

BANDAR BERDAYA HUNI

Mudasir Fekri Miron

Tawaran 200,000 unit rumah sememangnya dinantikan rakyat Selangor terutama individu berpendapatan rendah yang tidak memiliki kediaman sendiri.

Cuma saya harap pembangunan ini juga dibawa ke kawasan pedalaman supaya semua dapat nikmati.

Mudasir Fekri Miron, 55, petani

 

Paling tertarik pengumuman berkaitan perumahan. Saya rasa ini peluang terbaik untuk rakyat Selangor, lebih-lebih lagi yang baru berkahwin untuk memiliki rumah pertama mereka.

Saya yakin ramai gembira dengan khabar ini sebab sekarang memang susah ada rumah sendiri. Saya harap unit yang ditawarkan itu dapat membantu lebih ramai rakyat yang menaruh impian untuk memiliki kediaman.

Terence Hong, 57, kakitangan swasta

ISLAM

Subsidi tambang haji RM2,000 antara tawaran yang paling saya nantikan. Bukan senang kerajaan mahu bagi subsidi untuk bakal jemaah haji sebab ia melibatkan kos sangat besar.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor ada bagi insentif (Haji Muasassah), itupun sudah cukup baik tetapi kali ini beri tawaran lebih baik, Alhamdulillah.

Abdul Rahim Abdul Rahman, 63, pesara

Mohd Alwi Ghani

Alhamdulillah, jika Kerajaan Negeri mahu bagi RM2,000. Usaha ini memang sangat bagus.

Secara tidak langsung bantuan ini dapat melegakan jemaah membuat persiapan ke Tanah Suci.

Mohd Alwi Ghani, 61, pesara

Alhamdulillah, jika betul ada penambahan elaun kami sangat bersyukur kerana ia menunjukkan golongan pentadbir masjid ini menjadi antara keutamaan Kerajaan Negeri.

Masjid beroperasi 24 jam dan amat sibuk untuk diuruskan ketika Ramadan. Kami juga bertanggungjawab memastikan kebersihan dan keselamatan masjid.

Baharuddin Hitam, 66, siak

Saya lihat ia satu inisiatif yang baik sesuai dengan gaji minima yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan.

Ini menandakan kita (kerajaan) menitikberatkan mereka yang terlibat secara terus dengan urusan agama, dan satu perkara yang susah nak jumpa orang akan tolak. Mesti mereka akan setuju.

Nik Mohammad Rabbani Nik Zainal Alam, 38, imam

PENDIDIKAN

Yip Sean Yi

Idea cukup menarik daripada Kerajaan Selangor yang berhasrat menawarkan kelas pembelajaran bahasa percuma. Ini akan meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa dalam kalangan rakyat Selangor terutama pelajar.

Inisiatif ini akan beri peluang kepada rakyat kurang mampu untuk belajar bahasa asing.

Yip Sean Yi, 26, kakitangan kerajaan

WANITA & KEBAJIKAN

Insentif Wanita Kita Selangor satu tawaran yang sangat bagus. Memang kami (wanita) terutama yang bekerja dan ada anak kecil mengharapkan bantuan seperti ini.

Kami juga ada komitmen, jadi apabila dapat bantuan ini memang ia sesuatu yang ditunggu-tunggu. Biasanya wanita yang tidak bekerja diberi bantuan, tetapi sekarang wanita berkerjaya juga tidak dipinggirkan.

G Ruthreswary, 37, peniaga

 

Saiful Bahari Sahlan

Kata orang inilah rezeki terpijak dalam keadaan memerlukan. Kami pesawah ini memang bersyukur sangat kerana kami memang mengharap. Kecil tapak tangan, lori kami tadahkan.

Sekurang-kurangnya dengan bantuan RM1,000 ini dapat menampung sedikit perbelanjaan yang meningkat.

Saiful Bahari Sahlan, 61, pesawah

Inisiatif ini memang tepat pada masanya untuk bantu petani. Kalau ikutkan kos untuk buat sawah ini memang tinggi, baja racun, benih padi dan macam-macam lagi.

Adanya bantuan RM1,000 ini memang dapat membantu serba sedikit mengurangkan kos.

Mohd Helmi Sanusi, 38, pesawah

EKONOMI

Ariffin Samsuri

Semoga apa yang tawar dan dirancang dalam Tawaran Kita Selangor ini dapat dipenuhi. Saya nak tengok rel keretapi di sini, dari Sabak Bernam hingga ke Klang.

Banyak manfaat yang masyarakat luar bandar dapat seperti kami di Sungai Besar ini.

Ariffin Samsuri, 70, bekerja sendiri

Pembinaan rel kereta api dari Sabak Bernam, Tanjong Karang dan Kuala Selangor ke Klang sangat bagus kerana memudahkan pergerakan kita terutama hendak pergi kerja.

Sebelum ini, kawasan ini kekurangan akses pengangkutan jika mahu ke kawasan Klang.

Fikrie Firos, 27, peniaga


Pengarang :