Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) daerah Hulu Langat di Taman Impian Ehsan, Hulu Langat pada 4 Mac 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tuisyen percuma negeri, seramai 200,000 pelajar disasar terima manfaat

SHAH ALAM, 5 OGOS: Seramai 200,000 pelajar disasar menerima manfaat program tuisyen percuma negeri dalam tempoh lima tahun, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata setakat ini, seramai 63,000 pelajar telah menyertai Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS), khusus untuk anak dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.

“Bagi meluaskan akses pendidikan tambahan kepada anak-anak Selangor dari keluarga berpendapatan rendah, kami berazam untuk menambah peserta PTRS dari 63,000 orang kepada 200,000 anak murid dalam tempoh 5 tahun.

“Inilah antara tawaran Kerajaan Perpaduan yang kita yakin mampu merealisasikannya. Malah kami akan turut perluaskan kepada sekolah rendah dan menengah rendah,” katanya di Facebook.

Beliau berkata program tersebut bukan sekadar memberi tuisyen percuma tetapi turut menyediakan menyediakan makanan tengah hari percuma sejak tahun lalu.

“Kita mahu memastikan anak-anak menerima pendidikan berkualiti dalam keadaan selesa. Layari www.kitaselangor.com.my untuk melihat 5 Tekad Perpaduan Selangor yang kami tawarkan,” katanya.

 


Pengarang :