Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dewan undangan (DUN) Ijok Amidi Abdul Manan yang mengambil peluang beramah mesra bersama penduduk pada program JER di Bestari Jaya pada 9 Ogos 2023. Foto JULIANA JOHAR/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Barangan PKPS boleh didapati di 54 cawangan Segi Fresh

Oleh JULIANA JOHAR

KUALA SELANGOR: Orang ramai kini boleh membeli barangan asas Jualan Ehsan Rahmah (JER) di 54 cawangan pusat borong dan runcit Segi Fresh seluruh negeri.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), sambutan hangat yang diterima setiap kali JER dianjur menjadi pemangkin kepada kerjasama di antara pihaknya dan pasar raya itu.

“Berikutan sambutan hangat yang diterima setiap kali JER diadakan, sekarang PKPS sudah menjalinkan kerjasama dengan Segi Fresh bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan bekalan ayam, telur, beras dan minyak.

Ketua Pegawai Eksekutif PKPS Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi

“Sebanyak 54 cawangan Segi Fresh di Selangor yang terlibat dan kami akan peruntukkan empat cawangan sehari mengikut giliran untuk program Jualan Ehsan Rahmah ini,” kata Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi.

Beliau ditemui pada JER di Taman Cempaka Sari, Bestari Jaya. Turut hadir calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dewan undangan (DUN) Ijok Amidi Abdul Manan yang mengambil peluang beramah mesra bersama penduduk.

Pada 25 Julai lalu, PKPS menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pasar raya terkemuka itu bagi memperluas capaian JER mulai 1 Ogos.

Dr Mohamad Khairil berkata berkata harga bagi barangan ditawarkan juga 20 hingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran semasa.

JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).


Pengarang :