Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Batu Tiga, Shah Alam pada 20 Ogos 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah barangan dapur di Klang, Bukit Kapar, Lembah Jaya esok

Oleh JULIANA JOHAR

SHAH ALAM, 21 OGOS: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang menawarkan barangan keperluan asas pada harga murah diadakan di tiga lokasi esok, mulai 10 pagi.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menerusi Facebook memaklumkan program bertempat di Bandar Baru Klang (gelanggang bola keranjang Klang Utama), MPKK Bukit Kapar (Arena Square Bukit Kapar) dan Lembah Jaya (Blok C Flat Taman Kosas).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

PKPS turut menjual minyak masak peket sekilogram serendah RM2 sebungkus di beberapa kawasan terpilih dengan kuantiti 170 bungkus untuk setiap lokasi.

Setakat ini, JER sudah dianjurkan di 2,400 lokasi seluruh negeri dan dianggarkan ia memberi manfaat kepada 4.5 juta penduduk.

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.


Pengarang :