AGENDANASIONAL

Lima daerah di Selangor diramal hujan lebat, ribut petir hingga 2 petang

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 23 OGOS: Lima daerah di Selangor diramal mengalami hujan lebat, angin kencang dan ribut petir sehingga 2 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan daerah terlibat adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Cuaca sama turut diramal di beberapa daerah di Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :