AGENDANASIONAL

Amaran ribut petir lima daerah di Selangor, Putrajaya hingga 4 petang

SHAH ALAM, 1 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lima daerah di Selangor sehingga jam 4 petang.

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan daerah terlibat adalah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama turut diramal berlaku di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Melaka.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran sama melibatkan beberapa daerah di Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Sarawak serta Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :