Orang ramai membeli barang keperluan asas yang dijual murah pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Balakong di Balairaya Taman Cheras Utama, Kajang pada 3 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah terus dapat sambutan, barangan habis kurang dua jam

HULU LANGAT, 3 SEPT: Sebanyak 500 ekor ayam dan 200 papan telur habis kurang dua jam pada program Jualan Ehsan Rahmah (JER) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, hari ini.

Penyelia Unit Jualan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berkata ratusan pengunjung beratur seawal 8 pagi pada program bertempat di Balai Raya TCU, Taman Cheras Utama.

“Kita tetapkan had untuk satu papan telur, dua ekor ayam dan sekampit beras bagi setiap pembeli. Turut dijual ialah ikan cencaru, kerapu dan kembung yang dijual pada harga sama iaitu RM6 satu pek.

“Selain ayam dan telur, jenama beras Ehsan PKPS juga mendapat permintaan tinggi sejak kebelakangan ini,” kata Muhammad Farid Mustafa.

Orang ramai beratur untuk membeli barang keperluan asas yang dijual murah pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Balakong di Balairaya Taman Cheras Utama, Kajang pada 3 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Muhammad Farid berkata PKPS hari ini, turut menyediakan barangan kering keluarannya termasuk bihun, tepung, sardin tin besar, kicap, kaya pandan dan kaya madu.

“Barangan ini yang dijual kira-kira 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran adalah salah satu inisiatif PKPS untuk menampung keperluan rakyat.

“Jika mereka tidak dapat beli di JER boleh dapatkan di kios PKPS di Meru dan Wisma PKPS Shah Alam,” katanya.

Orang ramai membeli barang keperluan asas yang dijual murah pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Balakong di Balairaya Taman Cheras Utama, Kajang pada 3 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Setakat ini, program itu sudah dianjurkan di 2,400 lokasi seluruh negeri dan dianggarkan ia memberi manfaat kepada 4.5 juta penduduk.

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Pengarang :