AGENDANASIONAL

Empat daerah di Selangor diramal hujan sehingga 12 tengah hari

SHAH ALAM, 22 SEPT: Hujan lebat dan ribut petir diramal melanda empat daerah di Selangor sehingga 12 tengah hari.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan daerah itu adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak.

Cuaca sama turut diramal melanda seluruh Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Kedah, Perak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :