AGENDANASIONAL

Gombak, Sabak Bernam antara daerah diramal hujan lebat hingga 4 petang

SHAH ALAM, 23SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat daerah di Selangor hingga 4 petang ini.

Agensi itu di Facebook memaklumkan daerah terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak.

Cuaca sama dijangka melanda seluruh Perlis dan Pulau Pinang selain beberapa kawasan di Kedah, Perak dan Sabah.

Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :