Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Selangor diramal hujan lebat, ribut petir hingga 4 petang

SHAH ALAM, 6 OKT: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 4 petang ini menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang serta beberapa daerah di Perak, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :