Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melihat replika tapak projek Sisa kepada Tenaga (Waste-To-Energy (WTE) Jeram diantara Worldwide Holdings Berhad (WHB), dengan kerjasama Shanghai Electric Power Generation (M) Sdn Bhd (Shanghai Electric) di tapak pelupusan Sanitari Jeram pada 17 Oktober 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Denda pencemar air beri pengajaran kepada semua, pastikan bekalan terjamin

KUALA SELANGOR, 17 OKT: Dato’ Menteri Besar berharap keputusan mahkamah terhadap pencemar air dapat dimuktamadkan segera bagi memberi pengajaran kepada semua pihak.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata keputusan badan kehakiman itu juga mampu memastikan kelangsungan bekalan dan sumber air negeri ini terjamin dan dapat disalur tanpa gangguan kepada pengguna.

“Ada sesetengah kes dalam mahkamah dan kita harap dapat dimuktamadkan segera supaya memberi pengajaran kepada semua dan ini juga untuk pastikan kelangsungan bekalan dapat disalur,” katanya selepas merasmikan pecah tanah loji sisa kepada pepejal Jeram di sini hari ini.

Pada November 2020, Kerajaan Negeri melulus pindaan Enakmen LUAS setelah gangguan bekalan kerap berlaku akibat pencemaran sungai yang menyebabkan loji rawatan air dihenti tugas.

Pindaan tersebut antaranya menambah peruntukan penjara mandatori serta menaikkan jumlah denda minimum RM200,000 dan maksimum RM1 juta.

LUAS juga boleh mengarahkan pesalah kes pencemaran air membayar kos kerja pembersihan serta memberi ganjaran kepada pemberi maklumat jenayah cemar air.

Kerajaan Negeri turut menawarkan ganjaran RM20,000 kepada pelapor kegiatan jenayah alam sekitar di Selangor sehingga menjurus kepada penangkapan dan pendakwaan.


Pengarang :