Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di majlis pelepasan peserta program Bantuan Pascabanjir Johor bersama Jais di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam pada 20 Mac 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Wajah jadi iklan syarikat pelaburan, pengerusi Mais lapor polis

SHAH ALAM, 17 OKT: Satu akaun Facebook dikesan menggunakan wajah pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sebagai bahan iklan bagi menarik perhatian ramai.

Sehubungan itu Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof membuat laporan pada jam 2.45 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Shah Alam, maklum ketua polis negeri.

Datuk Hussein Omar Khan berkata bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya itu menafikan beliau terlibat dengan iklan yang dipapar di Facebook All Stat Investments.

“Iklan tersebut menawarkan skim pelaburan saham dan mendakwa pelaburan tersebut patuh syariah serta mendapat keuntungan yang lebih tinggi.

“Sehubungan itu, iklan tersebut adalah palsu dan tiada kaitan dengan pengadu,” katanya menerusi kenyataan.

Hussein berkata pihaknya merujuk laporan berkenaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan iklan yang melibatkan individu penting selain menyemak kesahihan maklumat.

Orang ramai diingatkan membuat pelaburan sah selain boleh membuat semakan di https://www.sc.com.my/investor-alert bagi mengetahui kesahihan syarikat berkenaan.


Pengarang :