Penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri Kinrara melepaskan peluang mendapatkan barangan dapur pada harga murah ketika Jualan Ehsan Rahmah di perkarangan Masjid Baitulamin, Subang Jaya pada 11 September 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Sungai Ramal, Sementa, Balakong lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 18 OKT: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan lagi ke tiga lokasi esok mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Program berlangsung di Dewan Orang Ramai Taman West Country Seksyen 5 (Sungai Ramal), Dataran Niaga Selik Kampung Sungai Serdang (Sementa) serta berhampiran Pasar Raya CS Tun Perak (Balakong).

Hari ini program jualan murah barangan asas diadakan di Kampung Sungai Terentang (Rawang), Bandar Baru Klang(berdekatan Restoran Ah Suee, Jalan Tepi Sungai) dan Kinrara (berhadapan PKM DUN Kinrara).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

PKPS menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS


Pengarang :