Pemandangan Kuala Lumpur mendung dan terjejas akibat jerebu ketika tinjauan pada 6 petang 15 Oktober 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Klang, PJ antara enam kawasan catat IPU tidak sihat setakat 11 pagi

SHAH ALAM, 18 OKT: Enam kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 11 pagi ini, dengan Klang, Selangor merupakan kawasan paling terjejas dengan bacaan tertinggi 157.

Laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan kawasan yang mencatat IPU melebihi 100 ialah Petaling Jaya (152), Johan Setia, Klang (137), Tangkak, Johor (137), Cheras (114) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (102).

Pada jam 9 pagi tadi Klang mencatatkan bacaan 155, Seri Manjung, Perak (123), Tangkak, Johor (119) dan Petaling Jaya, Selangor (107).

Bagaimanapun Seri Manjung mencatatkan bacaan IPU 98 pada jam 11 pagi ini.

Sebanyak 50 lagi kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana (51-100) manakala 12 kawasan lain merekodkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.


Pengarang :