Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat seluruh Selangor, Putrajaya, KL hingga 7 malam

SHAH ALAM, 19 OKT: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh daerah di Selangor hingga 7 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama turut diramal berlaku di seluruh Perlis, Perak, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Manakala, di beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak turut dijangka mengalami cuaca sama.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :