EXCO Perumahan dan Kebudayaan Borhan Aman Shah berucap ketika Majlis Pelancaran PKNS Home Buyer Programme di Tapak Karnival Stadium Shah Alam pada 28 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

PKNS bina 157,000 rumah mampu milik, selesa untuk rakyat

SHAH ALAM, 28 OKT: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membina 157,000 unit rumah mampu milik sejak 1964 sekali gus memenuhi matlamat menyediakan kediaman selesa untuk rakyat.

EXCO Perumahan Exco Borhan Aman Shah berkata kejayaan PKNS menerusi agenda pembangunan hartanah juga membantu Kerajaan Negeri mencapai status negeri maju hari ini.

“Pelaksanaan projek perumahan oleh PKNS, baik kos rendah atau sederhana telah memberikan peluang kepada rakyat negeri Selangor memiliki kediaman yang selamat, selesa dan berkualiti.

“Walaupun pembangunan yang dibina itu berkos rendah atau sederhana, kualiti rumah yang baik akan kita kekalkan,” katanya pada Majlis Pelancaran Discover PKNS Mega Akhir 2023 di Tapak Karnival Stadium Shah Alam di sini hari ini.

EXCO Perumahan Borhan Aman Shah (dua, kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Dato’ Mahmud Abbas (dua, kanan) membuat lawatan ke reruai pameran model rumah contoh PKNS selepas merasmikan pelancaran program Discover PKNS di Tapak Karnival Stadium Shah Alam pada 28 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Menurut Borhan, PKNS turut membawa peranan penting dalam mendukung aspirasi Kerajaan Negeri membangunkan taraf sosioekonomi rakyat.

“PKNS dianggap bukan sahaja sebagai syarikat pembangunan hartanah tetapi juga sebagai pemangkin pembangunan masyarakat di kawasan sekitar.

“PKNS juga banyak mencipta peluang pekerjaan dan membina komuniti setempat yang sempurna dengan penyediaan prasana yang komprehensif,” katanya.


Pengarang :