AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat, angin kencang seluruh Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 29 OKT: Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan amaran sama turut dikeluarkan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak.

Keadaan sama dijangka berlaku di beberapa daerah di Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir yang dikeluarkan sah tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :