AGENDANASIONAL

Seluruh Selangor, KL diramal hujan lebat hingga 9 malam ini

SHAH ALAM, 4 NOV: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amran sama di seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Melaka selain beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :