Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Hijrah Selangor Dato’ Mearia Hamzah (tiga, kanan) pada majlis perasmian kolam Deepavali 2023 di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 8 November 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Karnival Deepavali di tiga lokasi bantu usahawan jana pendapatan

SHAH ALAM, 8 NOV: Karnival Deepavali anjuran Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) sejak Khamis lepas menghimpunkan usahawan di bawah program Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Mearia Hamzah berkata para usahawan memanfaatkan karnival bagi mempromosi produk masing-masing sekali gus menjana pendapatan.

“Karnival ini babit 60 usahawan Sitham dan penganjuran kali ini berlainan sedikit kerana selain berniaga secara fizikal, usahawan boleh mempromosi produk menerusi platform digital TikTok.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor Dato’ Mearia Hamzah

“Kita adakan di tiga lokasi iaitu di Ampang dan Kuala Selangor yang berakhir pada 11 November manakala Sri Muda pula tamat Ahad lalu.

“Karnival berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan daripada penduduk setempat selain usahawan juga dapat menginovasi perniagaan dengan pendekatan teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian kolam Deepavali oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Mearia juga menjelaskan Hijrah membelanja RM2.9 juta bagi menjayakan program Sitham sejak empat tahun lalu.

Katanya, seramai 3,730 usahawan dibimbing menerusi latihan pembangunan, kursus kemahiran dan pembuatan sepanjang tempoh itu.


Pengarang :