PBTSELANGOR

MPAJ buka permohonan sewa gerai, tarikh tutup 14 November

SHAH ALAM, 8 NOV : Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) membuka tawaran kepada mana-mana usahawan yang berminat untuk menyewa gerai atau kiosk di kawasan pentadbirannya.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan terdapat kekosongan di beberapa lokasi antaranya di Laman Selera MPAJ @ Ampang Jaya, Pandan Indah, Taman Cempaka dan Taman Bukit Indah.

“MPAJ mengalu-alukan mana-mana usahawan yang berminat mahu berniaga di beberapa gerai atau kiosk yang kosong ini untuk membuat permohonan segera.

“Keutamaan akan diberikan kepada penduduk di kawasan pentadbiran MPAJ dengan beberapa syarat asas lain seperti pemohon perlu berumur 18 tahun ke atas, mempunyai Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM), kursus pengendalian makanan serta suntikan Typhoid,” katanya menerusi kenyataan .

Permohonan boleh dibuat dengan menghantar surat rasmi kepada Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan MPAJ bermula 6 sehingga 14 November ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan MPAJ boleh di talian 03-4285 7344 / 7170 atau melalui e-mel [email protected].


Pengarang :