Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan pembentangan Belanjawan Selangor 2024 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 10 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNAGENDANASIONALSELANGOR

Bangun taman tenaga hijau, optimum kos urus sisa pepejal

SHAH ALAM, 10 NOV: Pembangunan empat fasa Taman Tenaga Hijau Sultan Idris Shah (SISGE) mampu membakar 2,400 tan sampah sehari dan menjana 130.5 megawatt tenaga elektrik.

Dibangunakan KDEB Waste Management Sdn Bhd, Dato’ Menteri Besar berkata projek itu mengoptimumkan kos pengurusan sisa pepejal dengan mengekalkan kualiti dan kebersihan alam sekitar.

“Projek itu dapat memberi nilai tambah daripada sisa pepejal melalui penjanaan tenaga dan bahan berguna yang boleh diperdagangkan seperti elektrik, haba atau bahan api,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 di sini hari ini.

Menelan kos RM4.5 bilion melalui inisiatif pembiayaan swasta (PFI), katanya, taman itu juga menjadikan Selangor setanding negara maju dalam pengurusan sisa pepejal yang lebih mampan.

Amirudin berkata KDEBWM turut membangunakan fasiliti kitar semula Selangor ReCycle Surge di setiap pihak berkuasa tempatan bagi menyokong pemerkasaan amalan kitar semula selaras Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

“Inisiatif ini dijangka akan mengurangkan sampah yang dihantar ke pusat kitar semula sekali gus menjimatkan perbelanjaan negeri untuk membayar upah pelupusan sampah,” katanya menganggar kos pelaksanaan RM3 juta menggunakan sumber PFI.


Pengarang :