Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan pembentangan Belanjawan Selangor 2024 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 10 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Negeri perkasa institusi fatwa, tonggak penting pentadbiran Islam

SHAH ALAM, 10 NOV: Sebanyak RM500,000 diperuntuk bagi mengukuh dan memperkasa institusi fatwa di Selangor, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Jabatan Mufti berperanan penting sebagai salah satu tonggak institusi pentadbiran Islam di negeri ini seiring dengan perubahan zaman yang serba mencabar.

“Di samping tugas utamanya mengeluarkan fatwa, memberikan khidmat nasihat, menghasilkan garis panduan dan penerbitan, Jabatan Mufti juga bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dan kajian sejajar dengan perubahan zaman yang serba mencabar ini,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 di sini hari ini.

Selain itu, Jabatan Mufti juga berfungsi memberi khidmat nasihat dan perkhidmatan dalam hal berkaitan akidah, syariah dan akhlak.

Jabatan itu juga menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan pembangunan ilmu falak serta menjalankan pendidikan fatwa kepada masyarakat dengan berhikmah.


Pengarang :