Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal melanda Hulu Langat, Sepang hingga 9 malam

SHAH ALAM, 14 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramal ribut petir dan hujan lebat melanda Hulu Langat dan Sepang sehingga 9 malam.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Purtajaya,

Keadaan sama turut diramal melanda beberapa daerah di Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :