AGENDANASIONAL

KL, Gombak, Hulu Langat antara lokasi diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 23 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling serta Hulu Langat sehingga 7 malam ini.

Menurut agensi itu di Facebook, keadaan sama diramal berlaku di seluruh Kuala Lumpur dan Melaka selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan dan Johor.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :