Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan air laut turut bergelora. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat, angin kencang empat daerah di Selangor hingga 8 malam

SHAH ALAM, 26 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat serta Sepang sehingga 8 malam ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama diramal berlaku di beberapa daerah di Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah, Labuan dan Kuala Lumpur.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :