Seorang wanita meredah air yang melimpahi jalan ekoran hujan lebat berterusan semasa tinjauan di Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu pada 9 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat tujuh daerah di Selangor, KL hingga 6 petang

SHAH ALAM, 6 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di tujuh daerah di Selangor termasuk Kuala Lumpur hingga 6 petang ini.

Menurut agensi itu di Facebook daerah terbabit ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Cuaca sama turut diramal berlaku di Kuala Lumpur, Melaka dan beberapa kawasan di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :