Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial Malaysian Meteorological Department serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Klang, Kuala Langat diramal hujan lebat hingga 12 tengah hari

SHAH ALAM, 14 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda dua daerah di Selangor iaitu Klang dan Kuala Langat hingga 12 tengah hari.

Hujan lebat disertai ribut petir dijangka turut melanda seluruh Pulau Pinang selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :