Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan meninjau sekitar pasar raya Segi Fresh selepas melancarkan Jualan Ehsan Rahmah bersama Segi Fresh cawangan Telok Panglima Garang pada 30 September 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah ayam, daging di enam cawangan Segi Fresh Sabtu, Ahad ini

SHAH ALAM, 14 DIS: Jualan Ehsan Rahmah (JER) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) akan berlangsung di enam cawangan pasar raya Segi Fresh hujung minggu ini.

JER Kasih Sayang Segi Fresh itu diadakan di cawangan Bandar Tasik Puteri, Puncak Alam, Pekan Salak dan Pulau Indah pada Sabtu.

Selain itu, jualan barangan dapur pada harga murah itu  turut berlangsung di cawangan Kuala Selangor dan Gombak Ahad ini.

“Bersama PKPS, kami bekerjasama dalam misi memberikan manfaat kepada yang memerlukan terutama golongan berpendapatan rendah berikutan kenaikan kos sara hidup.

“Dapatkan barangan keperluan asas yang murah dan berkualiti di Segi Fresh,” katanya menerusi Facebook.

Produk ditawarkan antaranya ayam RM6.99 sekilogram, daging kiub (RM10/pek), siakap (RM7 seekor), telur gred D (RM10 sepapan), tepung gandum (RM2/pek) dan minyak masak 5kg (RM25).

Kerajaan Selangor membelanjakan subsidi RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih lima juta rakyat sehingga kini.

Selain menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih pada setiap hari kecuali Jumaat dan cuti umum, PKPS turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Segi Fresh bagi memperluas capaian kepada penduduk setempat.

PKPS juga pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau imbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :