AGENDANASIONAL

Ramalan hujan lebat di Selangor, KL, Putrajaya hingga 10 malam

SHAH ALAM, 23 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramal hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.

Cuaca hujan disertai angin kencang dijangka turut melanda seluruh Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka selain beberapa daerah di Kedah, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :