Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Mohamad Zahri Samingon berucap ketika Majlis perasmian Program Tekad Pendidikan #KitaSelangor: Karnival Eksplorasi STEM Negeri Selangor 2023/2024 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 29 Januari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Perkasa pendidikan, negeri peruntuk hampir RM13 juta laksana enam program

SHAH ALAM, 29 JAN: Hampir RM13 juta diperuntuk tahun ini bagi melaksana enam program pendidikan sekali gus menyokong pemerkasaan bidang terbabit di negeri ini.

Timbalan setiusaha Kerajaan Negeri (pengurusan) berkata Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) menerima peruntukan paling tinggi sebanyak RM10 juta diikuti pembaikan infrastruktur sekolah dan data internet percuma, masing-masing RM1 juta.

“Kerajaan Negeri turut menyediakan RM500,000 untuk disalur kepada persatuan ibu bapa dan guru selain RM150,000 bagi membeli komputer riba dan diagih sekolah terpilih.

“Tahun ini juga sumbangan Skim Simpanan Pendidikan Nasional diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM200,000 khas kepada pelajar asnaf. Ini antara program yang diberi perhatian,” kata Mohamad Zahri Samingon.

Beliau ditemui selepas mewakil Dato’ Menteri Besar merasmikan program Tekad Pendidikan #KitaSelangor: Karnival Eksplorasi STEM peringkat negeri di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini hari ini.

Ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 pada 10 November 2023, Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan hampir RM100 juta bagi pembangunan pendidikan dan bantuan persediaan pelajar.

Ia termasuk RM9 juta untuk Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor merangkumi peduli siswa, program khas dan pinjaman bolah ubah selain RM5 juta (Bayu) dan RM3 juta bagi Hadiah Pengajian Institusi Pengajian Tinggi Selangor.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Mohamad Zahri Samingon (tengah) bergambar bersama selepas Majlis perasmian Program Tekad Pendidikan #KitaSelangor: Karnival Eksplorasi STEM Negeri Selangor 2023/2024 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 29 Januari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Mohamad Zahri Samingon (dua, kanan) membuat lawatan ke reruai pameran selepas Majlis perasmian Program Tekad Pendidikan #KitaSelangor: Karnival Eksplorasi STEM Negeri Selangor 2023/2024 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 29 Januari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :