Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) melakukan gimik pelancaran Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) sempena majlis sambutan Hari Guru 2022 di Dewan Jubli Perak, Shah Alam Pada 20 Mei 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Negeri sedia RM10 juta, sasar 130,000 pelajar ikuti tuisyen percuma

SHAH ALAM, 7 JAN: Seramai 130,000 pelajar tingkatan empat dan lima disasar menerima manfaat Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) bermula April ini, maklum Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Ketua tanggungjawab sosial korporat dan komunikasi korporatnya Ahmad Azri Zainal Nor berkata program pembelajaran percuma itu melibatkan peruntukan RM10 juta berbanding RM7 juta tahun lalu.

“Untuk tahun ini peruntukan meningkat kepada RM10 juta dan diperluaskan kepada pelajar tingkatan empat berbanding sebelum ini membabitkan pelajar tingkatan lima.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor ditemui selepas majlis serahan modul Program Tuisyen Rakyat Selangor di SMK Seksyen 18 Shah Alam pada 21 Julai 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Jumlah keseluruhan tenaga pengajar dan sekolah terlibat akan diketahui selepas Bengkel PTRS 2024 diadakan nanti,” katanya kepada Selangorkini.

Sebelum ini Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 mengumumkan tambahan peruntukan RM3 juta untuk PTRS kepada MBI menjadikan jumlahnya RM10 juta berbanding RM7 juta tahun lalu.

PTRS adalah bantuan kelas tambahan bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Matematik Tambahan untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang prestasi pelajaran sederhana atau lemah.

Selain pemberian modul, peruntukan termasuk elaun guru dan makan tengah hari kepada pelajar yang menyertai tuisyen dengan 277 sekolah serta 1,956 guru dan penyelaras terlibat bagi 2023.


Pengarang :