AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat, angin kencang di Sabak Bernam hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 2 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan angin kencang melanda Sabak bernam di Selangor hingga 1 pagi.

Menurut agensi itu di Facebook, cuaca sama dijangka melanda beberapa daerah di Perak dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :