Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah ketika program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Bandar Utama di Kampung Cempaka, Petaling Jaya pada 1 April 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah mega sempena Tahun Baharu Cina di dua lokasi esok

SHAH ALAM, 8 FEB: Jualan Ehsan Rahmah (JER) Mega sempena Tahun Baru Cina dijadual berlangsung di dua lokasi esok.

Bermula 10 pagi, jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berlangsung di Jalan Pandan Indah 6/3 (DUN Pandan Indah) dan SJ65 Kompleks 3K, SS13 (DUN Subang Jaya).

Orang ramai berpeluang mendapatkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Sementara itu, PKPS menerusi Facebook memaklumkan JER berehat seketika selama tiga hari mulai 10 Februari sempena Tahun Baru Cina dan kembali beroperasi pada 13 Februari.

Sebelum ini, PKPS memaklumkan JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Tahun lalu PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti 2023 berikutan kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book Records( MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

 


Pengarang :